Kenali Toneexcel
Tahukah
anda bahawa dengan hanya menggunakan simkad Toneexcel yang “lain
daripada yang lain”, anda mampu menjadikan telefon bimbit anda sebagai
satu sumber pendapatan yang sangat lumayan dan sangat mudah? Jika anda
juga seperti kami yang ada memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan
untuk telefon, anda pasti boleh melakukan bisnes ini dengan mudah.
Mungkin
anda tidak percaya, tetapi ramai orang telah menggunakan teknik ini dan
telah berjaya memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan.
Tahukah
anda bahawa apabila anda membeli simkad dari sesebuah kedai telefon,
kedai tersebut akan mendapat pulangan yang lumayan daripada Telco anda
selagi anda masih menggunakan simkad tersebut? Ini bermakna, jika anda
telah menggunakan simkad yang anda sedang guna sekarang ini selama 10
tahun, maka selama 10 tahun jugalah kedai telefon di mana anda beli
simkad itu menerima komisen daripada telco anda.
Pernahkah
telco anda memberi anda komisen apabila anda menyarankan telco tersebut
kepada saudara-mara dan keluarga anda? Sudah tentu tidak.
Alangkah
baiknya jika anda boleh menjadi seperti taukeh kedai hanfon yang hanya
perlu menjual simkad sekali tetapi menerima komisen selama-lamanya.
Berita baiknya ialah, dengan Toneexcel, anda kini mampu menjadi pengedar
simkad dan dibayar komisen untuk selama-lamanya. Sila baca lebih lanjut
dengan teliti untuk memahami potensi bisnes Toneexcel dan bagaimana ia
boleh membantu anda menambah pendapatan sampingan.
Latar Belakang Simkad Toneexcel
Simkad Toneexcel dikenali sebagai simkad “Prabayar yang Membayar” kerana syarikat berkongsi keuntungan dengan penggunanya.
Simkad
Toneexcel mula diperkenalkan oleh Tone Excel Sdn. Bhd sejak April 2010
dengan kerjasama TuneTalk dan Lembaga Pelindung dan Keselamatan Pengguna
Malaysia. TuneTalk ialah Syarikat Telekomunikasi milik Tune Group dan
Celcom. Antara perkhidmatan lain yang dimiliki oleh Tune Group ialah
Tune Air (Airasia) dan Tune Hotels.
ToneExcel
mengedarkan Simkad TuneTalk dengan cara “Program Rujukan Komuniti” di
mana setiap pengedarnya dibayar bonus dan komisen seumur hidup untuk
mengedarkan Simkad ToneExcel. Simkad yang diedarkan oleh ToneExcel
dikenali sebagai Simkad TuneTalk-ToneExcel atau ringkasnya Simkad
ToneExcel. Simkad ToneExcel adalah simkad khas yang dikeluarkan hanya
oleh ToneExcel Sdn. Bhd. Simkad ToneExcel mempunyai pelan yang berbeza
dengan simkad TuneTalk biasa yang dikeluarkan oleh TuneTalk sendiri.
Setelah
hampir empat tahun berada di pasaran, Toneexcel kini sudah berjaya
membina reputasi sendiri sebagai Simkad Amal dan bisnes sampingan yang
diyakini oleh lebih 150,000 penggunanya pada masa ini. Program Rujukan
Komuniti yang digunakan oleh Toneexcel Sdn. Bhd. membolehkan semua orang
mendapat faedah setiap kali Simkad Toneexcel ditambah nilai.
Apa itu Tunetalk?
TuneTalk
ialah Syarikat Telekomunikasi milik Tune Group dan Celcom. Antara
perkhidmatan lain yang dimiliki oleh Tune Group ialah Tune Air (Airasia)
dan Tune Hotels.
Apa itu ToneExcel?
ToneExcel
ialah Rakan Niaga TuneTalk yang berperanan untuk mengedarkan Simkad
TuneTalk dengan cara “Program Rujukan Komuniti” di mana setiap
pengedarnya dibayar bonus dan komisen seumur hidup untuk mengedarkan
Simkad ToneExcel. Simkad yang diedarkan oleh ToneExcel dikenali sebagai
Simkad TuneTalk-ToneExcel atau ringkasnya Simkad ToneExcel.
Simkad
ToneExcel adalah simkad khas yang dikeluarkan hanya oleh ToneExcel Sdn.
Bhd. Simkad ToneExcel mempunyai pelan yang berbeza dengan simkad
TuneTalk biasa yang dikeluarkan oleh TuneTalk sendiri.
Siapa yang layak menjadi Pengedar ToneExcel?
Syarikat
Telekomunikasi lain mengenakan syarat yang ketat dan kos yang tinggi
kepada sesiapa yang mahu menjadi pengedar simkad mereka. Walau
bagaimanapun, dalam ToneExcel semua pengguna berdaftar simkad ToneExcel
boleh menjadi pengedar ToneExcel secara automatik.
Apakah Kelebihan Simkad ToneExcel berbanding dengan simkad Telco lain yang ada di pasaran?
Pengguna simkad ToneExcel dilindungi Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100,000 dengan percuma.
Pengguna Simkad ToneExcel boleh kumpul TuneTalk Points untuk menebus Tiket Penerbangan Airasia.
Pengguna Simkad ToneExcel boleh menggunakan simkad ini untuk menambah pendapatan sampingan yang lumayan.
Serta banyak lagi kelebihan lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah Pelan Pendapatan ToneExcel?
Rujuk SINI untuk maklumat tentang komisen Toneexcel.
Rujukan Lanjut:
No comments:
Post a Comment